Sila ikuti langkah-langkah berikut, Segala kerjasama dari pihak anda amatlah dihargai.
Langkah 1 : Pilih Design
• kesemua design kami disediakan untuk anda secara percuma!
• Pilih design yang anda suka di dalam website kami dan tulis
KOD yang tertera mengikut design yang anda pilih.
Langkah 2 : Isi Borang Tempahan & Peta
• Sila pastikan anda dibekalkan dokumen yang berikut:
1. Borang Tempahan Kad
2. Peta
• Lengkapkan borang tempahan anda dengan betul dan tepat.
• Pastikan semuanya lengkap dan mencukupi sebelum dihantar.
Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Langkah 3 : Deposit Pertama - 50%
• Sila buat bayaran deposit 50% dari jumlah bersih tempahan
anda.
• Selepas anda membuat pembayaran deposit, sila emailkan bukti
pembayaran anda kepada pihak kami melalui email:
mach2668@gmail.com.
• Sila nyatakan sekali nama pasangan dan nombor invois bagi
mengelakkan kekeliruan.
• Tempahan tanpa deposit tidak akan diproses.
Langkah 4 : Rekabentuk Draft / Artwork
Kami akan mulakan proses pembikinan artwork apabila langkah di atas telah selesai diikuti. Tempoh pembikinan adalan 7-10 hari berkerja.
• Anda juga boleh meminta kami melakukan perubahan pada
draft anda jika terdapat kesilapan ejaan. Perubahan draft
adalah dibenarkan sebanyak dua (2) kali sahaja.
• Sekiranya terdapat perubahan kali ke tiga (3), caj akan
dikenakan sebanyak RM50.
• Design yang telah siap dibuat tidak boleh diubah. Sekiranya
anda mahu ubah kepada design yang lain daripada perbincangan
awal, caj yang sama (RM100) akan dikenakan sekali lagi.
• Draf terakhir akan dihantar kepada anda untuk disemak untuk
pengesahan anda.
• Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika terdapat kesilapan
dari segi design, gambar, warna, ejaan atau lain-lain selepas
pengesahan dilakukan oleh anda.
• Sila semak dengan teliti sebelum membuat pengesahan.
Kami akan mulakan proses pembikinan artwork apabila langkah di atas telah selesai diikuti. Tempoh pembikinan adalan 7-10 hari berkerja. Rekabentuk yang telah siap akan diemailkan kepada anda untuk pengesahan.