Terma & Syarat
- Tempahan yang telah dibuat (deposit) pembayaran tidak akan dikembalikan semula sekiranya tempahan dibatalkan oleh pelanggan.
- Harga adalah tetap yang telah ditetapkan oleh M Kad Kahwin mengikut setiap design yang dipamerkan.Kami berhak membuat perubahan harga dari masa ke semasa. Harga pembelian hendaklah mengikut harga pada masa tempahan dibuat.
- Pembayaran hendaklah dilakukan secara tunai, bank transfer atau ATM cash deposit dalam ringgit malaysia (RM). Proses percetakan tidak akan dimulakan sebelum pihak kami tidak menerima deposit kedua dari pelanggan.
- Warna yang dipaparkan pada skrin komputer biasanya tidak sama sebanyak 20% sepenuhnya dengan warna produk.Kualiti kertas juga tidak semestinya sama pada setiap masa. Ketebalan,
tekstur dan ketepatan warna mungkin berbeza sedikit dengan kertas
terdahulu. Hal ini disebabkan oleh masalah teknikal pengilang-pengilang
kertas.
- Pembetulan bagi draf artwork hanya bole dibuat sebanyak 3 kali sahaja. Pembetulan berikutnya akan dikenakan cas sebanyak 5%.
- Proses percetakan akan dilakukan berdasarkan draf artwork yang terakhir yang telah dipersetujui dan ditandatangani oleh pelanggan. Anda dinasihatkan untuk menyemak kesemua butir peribadisecara teliti di dalam draf artwork yang terakhir sebelum memasukkan deposit ke dua bagi memulakan proses percetakan. Pembayaran deposit yang kedua bermaksud anda telah bersetuju dengan draf artwork yang terakhir. Pihak kami berhak menolak sebarang pembetulan setelah deposit kedua dimasukkan sekiranya proses percetakan telah dimulakan. Oleh itu semakan terakhir sangat penting sebelum deposit kedua dibuat.
- Kami akan memaklumkan kepada anda tempoh siap percetakan kad sebelum memulakan proses percetakan. Anda boleh menyemak status percetakan kad anda dengan menghadiri sendiri ke pejabat kami, melalui email atau terus menelefon pihak kami bagi memudahkan urusan anda.
- Selepas cetakkan akhir telah siap diproses, pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesalahan di atas kad anda. Ini kerana kami membuat cetakan atas draf artwork yang terakhir yang telah ditandatangi oleh pelanggan.Kami akan bertanggungjawab sekiranya kad yang tempah berlainan dengan hasil draf artwork yang telah dipersetujui.
- Kami akan mempastikan bahawa jumlah kuantiti produk yang dibekalkan
bertepatan dengan jumlah tempahan. Sungguhpun begitu, anda digalakkan
membuat pengiraan semula sebaik sahaja menerimanya. Sekiranya anda
mendapati kuantiti tempahan tersebut kurang daripada yang dibekalkan,
anda hendaklah memberikan maklum balas dalam tempoh tiga hari daripada
tarikh penerimaan tersebut. Kami akan membuat semakan semula dan
sekiranya didapati ada kesilapan di pihak kami, kami akan membuat
penggantian. Bagaimanapun, jika tempoh berkenaan tamat, sebarang aduan
mengenai kuantiti tidak akan dilayan.
- Pembatalan tempahan hanya boleh dibuat jika proses percetakan belum dilaksanakan. Namun deposit yang telah diberikan tidak akan dikembalikan kerana ia melibatkan waktu kerja dan menggunakan tenaga kerja untuk menghasilkan draf artwork. Sekiranya percetakan telah dijalankan, pembatalan tempahan tidak akan diterima.
- Penghantaran hanya akan dibuat setelah bayaran kos penghantaran dibuat.
Barangan tidak akan dihantar selagi kos penhantaran tidak dijelaskan. Penghantaran barangan anda adalah mengikut alamat
yang diberikan semasa tempahan dibuat. Sekiranya berlaku perubahan
alamat, sila maklumkan kepada pihak kami terlebih dahulu untuk kami memaklumkan perbezaan kos bayaran tersebut sebelum penghantaran dapat dibuat.
- Semua barangan yang dibekalkan oleh kami dijamin berada dalam keadaan
baik mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang
kecacatan, sila maklumkan kepada kami secara lisan/bertulis dalam tempoh
24 jam. Kami akan berusaha untuk mencari penyelesaiannya.