Teks Ayat & Doa
D1
Ya Allah
Kami memohon restumu, berkatilah majlis
ini,
limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri
ini,
jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia,
dalam ketaatan
terhadapmu,
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan
solehah,
serta berikanlah ketenangan kepada mereka didunia dan
akhirat,
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan
ini.
Amin
D2
Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi
penyayang,
Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah kau catatkan dia
milikku,
titipkanlah kemesraan diantara kami agar kebahagiaan itu kekal
abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,
jadikanlah
kami pasangan yang bahagia dan berkekallan buat selamanya,
hingga ke akhir
hayat dan kurniakanlah kami zuriat yang sempurna,
beriman dan beramal
soleh,
sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal
Alamin.
D3
Ya Allah
Berkatilah majlis yang diadakan ini,
jadikanlah
pasangan ini yang berbahagia
dan berkekalan hingga ke akhir hayat
dan
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang sempurna, beriman dan beramal
soleh.
Sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala
sesuatu.
D4
Ya Allah YaLatif Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah, engkau mengetahui bahawa
hati-hati
ini telah bersatu kerana mengasihimu,
bertemu untuk
mematuhimu,
bersatu memikul amanahmu,
hati-hati ini telah mengikat janji
setia
untuk mendaulatdan menyokong syariatmu,
maka eratkanlah Ya Allah
akan ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalannya yang
sebenar. Penuhkan hati ini
dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung
malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan
keimanan dan
keyakinan,
Jadikan kami suami/isteri yang soleh/solehah
dan berikan
kebahagiaan yang berkekalan
buat kami di dunia dan di akhirat.
Amin Ya
Rabbal Alamin.
D5
Pernikahan menginsafkan kita,
perlunya Iman
& Taqwa meniti sabar & redha,
Bila rasa senang penuhi nikmat
Tuhan,
Susah mendatang tempuhi dengan tabah,
Isteri hamparan dunia suami
langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman suamilah pemagarnya,
Isteri bagai
kejora suami bagaikan purnama,
Tika isteri beri hempedu suami tabah
menelannya,
Jika suami terteguk racun, isteri carilah penawarnya,
Sungguh
isteri rusuk yang rapuh,
berhati-hatilah meluruskannya.
D6
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami mohon doa
restu-mu, berkatilah majlis kami,
Semoga ianya berjalandengan sempurna
sepertimana,
yang engkau redhai dan semoga jodoh perkahwinan
ini
berkekalan buat selama-lamanya
serta berbahagia di dunia dan akhirat.
Amin
Ya Rabbal Alamin
D7
Firman Allah:
“Sebahagian daripada tanda-tanda allah,
dicipta-Nya
jodoh-jodoh untuk kamu dari jenis kamu sendiri supaya
kamu
menghayatikehidupan yang tenteram dan dijadikan-Nya
diantara kamu
rasa kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian
menjadi pengajaran bagi
orang-orang yang berfikir.
D8
Ya Allah
Andai kau berkenan,
Limpahkanlah
kepada kami cinta,
Yang kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan
Khadijah Al-Qubra,
Yang kau jadikan mata kasih sayang,
Imam Ali dan
Fatimah Azzahra,
yang kau jadikan penghias keluarga,
Nabimu yang
suci
D9
Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
bukan dari
kepalanya untuk dijadikan atasannya,
bukan pula dari kakinya untuk dijadikan
alasnya,
melainkan dari sisinya untuk
dijadikan teman hidupnya.
Dekat
pada lengannya untuk dilindunginya dan
dekat dihati untuk
dicintainya.
D10
“Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya
dan
isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih)
Maka Allah menatap
mereka dengan pandangan kasih sayang
dan jika suami membelai tangan
isterinya,
maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan
mereka”
Diriwayatkan oleh Maisaran Bin Ali dari
Abu Said Al-Khudri.